Monday, July 26, 2010

Pondan!

Antara perkara yang pelik yang berlaku kepada umat masa kini ialah golongan lelaki yang menyerupai wanita dan begitu pula yang sebaliknya. Hari ini,perkara pertama yang dilakukan oleh seorang pemuda apabila bangun pagi ialah mencukur janggutnya,memakai krim rambut dan bau-bauan seperti seorang wanita. Sesetengahya pula ada yang mencukur bulu kening dan mewarnainya. Rambut juga akan disemburkan dengan pewangi kemudian menggayakannya seperti rambut seorang perempuan kerana “up to date” dan menurut fesyen terkini. Ada sesetengahnya pula memakai gelang dan rantai emas. Tidak kurang juga yang bertocang atau memakai riben sehingga menampakan diri mereka itu seorang pondan yang mengada-ngada,mengalahkan golongan wanita yang sebenar. Tidak ketinggalan juga para wanita. Baik dari segi pakaian,kasut,kerjaya,penulisan di suratkhabar dan majalah,politik dan sebagainya sehingga menyerupai golongan lelaki. Tidakkah kita tahu bahawa golongan wanitlah yang paling mudah memasuki syurga dan paling mudah memasuki neraka?Apabila berkerjaya seorang wanita itu,apatah lagi jika kedudukan pendidikannya lebih tinggi berbanding seorang suami,maka ketika itulah mereka akan mudah dikuasai sikap ego dan melawan kata-kata suami. Mudahnya wanita memasuki syurga dengan menjaga harta suami ketika ketiadaan suami serta menjaga nama baik suami dan tidak menceritakan kelemahan suami kepada orang lain.


Nabi Muhammad saw telah mengkhabarkan:

“Perbuatan sebegitu adalah salah satu daripada tanda-tanda kiamat”.

Abu Nu’aim dalam “Al Hilyah” meriwayatkan daripada Huzaifah bahawa nabi saw bersabda:

“Antara tanda-tanda kiamat ialah golongan lelaki menyerupai wanita dan golongan wanita menyerupai lelaki.”

Namun telah menjadi sifat semulajadi manusia sejak nabi Adam as diciptakan,apabila dilarang kita melakukan sesuatu maka yang dilarang itulah yang akan dibuat orang. Hanya orang yang betul-betul taqwa kepada Allah sahaja yang mampu menggunakan akal dan imannya dalam membuat sesuatu penilaian sebelum melakukannya.

Sunday, July 25, 2010

Jom Demonstrasi!



Antara tanda-tanda kiamat ialah berlakunya mogok umum dan tunjuk perasaan. Ia merupakan ikutan budaya barat yang telah diterima pakai oleh umat islam. Mereka keluar berarak dan membawa sepanduk sambil terpekik-pekik menyuarakan hak dan tuntutan mereka. Dengan berbuat demikian mereka menyangka bahawa ia merupakan suatu jihad dan pengorbanan yang besar.


Imam Thabrani meriwayatkan dalam “Al Kabir” dengan sanadnya daripada Athiyyah bahawa Nabi Muhammad saw bersabda:

“Apabila kamu melihat tiga perkara ini maka tunggulah akan kiamat:Apabila penempatan telah dimusnahkan ia dibangunkan semula,jihad yang hanya terbatas setakat jerit pekik dan laungan dan yang ketiga,seorang itu meninggalkan amanahnya sebagaimana seekor unta terlepas daripada ikatannya”.

Imam Baghawi dalam “Mu’jam As Sahabah” dan Ibnu Asakir dalam “At Tarikh meriwayatkan:

“…sesungguhnya antara tanda-tanda kiamat ialah penempatan yang dimusnahkan dan musnah dibangunkan semula…”

Itulah “jihad” yang hanya dilakukan setakat laungan dan jerit pekik serta mogok umum,pengaruh kuat daripada barat yang telah menjadi nanah dalam kehidupan umat islam masa kini.

Friday, July 23, 2010

Kunci Kebaikan

Kunci segala kebaikan adalah dengan mengikut sunnah nabi Muhammad saw. Ikutilah sunnah baginda dan sentiasa merasa cukup dengan segala kurniaan Allah,bersikap zuhud terhadap milik orang lain,tidak rakus pada dunia serta meninggalkan ucapan dan perbuatan yang tidak berguna.Sesiapa yang Allah bukakan pintu hatinya untuk mengikuti sunnah nabi saw,itu adalah petanda ia dicintai Allah.

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."-Ali Imran:31

Jika anda ingin mendapat seluruh kebaikan maka berdoalah: Ya Allah,aku memohon kepadaMu agar dapat mengikuti Rasulmu dalam ucapan mahupun tindakan.

Sesiapa yang mengimpikan perkara tersebut,hendaklah ia tidak menzalimi para hamba Allah dari segi kehormatan ataupun nasab.

Namun sebaliknya,ia akan terhalang dari hijab Allah apabila melakukan kezaliman. Ibarat orang yang berhutang,ia akan dihalang oleh orang yang menuntut hutang daripadanya.

Bayangkan seandainya anda disanjung oleh seorang raja dan berada hampir dengannya,tiba-tiba datang seorang pengutip hutang pada anda di hadapan raja itu. Memaksa anda membayar hutang,membuka keburukan anda,mencela serta mengutuk kehormatan anda di hadapannya.

Bayangkan pula jika di akhirat nanti ada beratus ribu orang meminta pelbagai hutang pada anda.Sama ada wang yang pernah dipinjam,kehormatan yang dianiaya,dipukul,dicaci,dimaki dan sebagainya. Bagaimana jika yang berdiri di depan anda adalah nabi Muhammad saw?Tentu malu yang teramat sangat.

Nabi saw bersabda: Tahukah engkau orang yang rugi?

Para sahabat menjawab: Orang yang rugi adalah orang yang tidak mempunyai harta.

Nabi saw menyanggah: Orang yang rugi adalah orang yang pada gari kiamat datang dengan membawa solat ,puasa dan zakat tetapi ia pernah mencaci,merosak kehormatan,memakan harta haram,menumpahkan darah dan memukul orang.

Sehingga sebagai gantinya,amal kebaikannya diberi kepada orang yang teraniaya itu.Apabila habis segala amal kebaikan sebelum bebanan kewajipan terbayar,maka dosa orang tadi akan diberikan kepadanya sehingga ia dilempar ke neraka.(HR Muslim dan Tirmidzi)


 


 

Banyaknya Pahala Aku!?


Huhhh…penatnya hari ni.Kena ulang-alik ke Kuching untuk jumpa kawan aba..Aba suruh aku hantar 2 ekor anak ayam kat kawan dia..Tapi takpelah..Kira ok juga sebab boleh solat Jumaat si Masjid Bandaraya.Jemaah lebih besar..Kat sini aku nak cerita pasal solat Jumaat tadi..Lelaki islam sekalian,ingat lagi ke apa yang disampaikan khatib masa berkhutbah tadi?Lentoq ka?Hahaha!Biasalah..Aku pun mengantuk juga tadi Cuma aku dapat ingat jugalah apa yang khatib sampaikan tadi..Tentang kelebihan bulan Syaaban dan amalan yang perlu dibuat.Antaranya,banyakkan selawat,istighfar,tasbih,tahmid,tahlil,takbir,baca quran dan buat solat sunat..Biasa ja semua tu,tak perlu tunggu bulan syaaban ke,rejab ke,syawal ke..Yang penting kita buat walaupun sedikit tapi berterusan.Kenapa kita malas nak buat itu semua?Pahala dan cukup banyak?Solat dah cukup sempurna?Sebab dah islam and confirm masuk syurga?Aku tengok,apabila orang datang ke masjid,sementara menunggu nak solat,ada juga yang sembang kosong.Boleh ketawa terbahak-bahak lagi.Apalah salahnya solat sunat ke,baca quran ke…zikir ke..Malu ke nak buat?Nanti masuk syurga pun nak malu ke?Nak buat amalan nabi kita malu tapi buat benda yang nabi larang kita tak malu pula..Pegang tangan pasangan bukan mahram pun selamba..Mungkin mereka fikir diperbolehkan kot..Nabi benarkan ke?Allah benarkan ke?Dah nikah barulah boleh!Takpe,pahala dah banyak…Islam lah katakan..Nanti-nanti boleh taubat,kan?Siap boleh bagi hadis lagi,"sebaik-baik manusia ialah apabila dia berdosa dia segera bertaubat".Kiranya lepas maksiat,balik rumah terus taubat maka dia akan menjadi sebaik-baik manusia.!Ceh!Hampeh betul..Tu bukan taubat,tu ke..p..rat!!Yang kau ulang balik maksiat lepas taubat,sapa yang ajar?.Ada juga yang sementara menunggu waktu solat dia tak baca quran..Padahal quran tepi dia menunggu untuk dibaca.,napa?Bukan tak pandai pun..dulu kecik-kecik ada belajar ngaji quran..Kalau tak pandai kenapa tak belajar?Boleh ja kalau nak belajar.Panggil imam surau suruh ajar.Tak adanya yang menolak..Setakat betulkan sedikit tajwid,takkan tak boleh..Kalau akulah sebagai calon isteri aku akan mensyaratkan supaya bakal suami aku mesti pandai baca quran dan jangan cuma pandai qulhuallah dan inna a'thoina saja.Mesti hafal semua muqaddam!Paling kurang pun ad duha ke bawah.Korang sebagai kapel,ada ke tanya and test kehandalan kapel anda membaca al quran?Ada?Sama-sama tak pandai sebab tu malu test..Ayat dalam mesej punyalah manis.."Sayang..sihat ke?Hubby doakan sayang sihat dan sentiasa dalam rahmat ilahi.."..Ie!!!Geli I..!Hu..Takpe,pahala dah banyak…Konfirm syurga.Lagi satu masa nak solat,dengan santunnya dia mempersilakan orang lain penuhkan saf hadapan.Dia pula dekat saf belakang..Para sahabat dulu,berebut-rebut nak saf depan.Sahabat yang banyak beramal,dijanjikan syurga pun berebut-rebut,dia pula dengan penuh adat melayu mempersilakan orang lain ke depan..Hu…Takpelah..Pahala dah banyak..Aku minta sangatlah kepada orang-orang islam sekalian supaya merapatkan saf masing-masing masa solat..Susah ke?Sia-sia jemaah..Kesian imam yang menanggung segalanya..Dah tua-tua pun tak reti-reti lagi..Takpelah..Dah tua,pahala mesti lebih banyak dari aku yang baru umur 20an..


 

Aku sedar siapa diri aku yang mungkin akan mati bila-bila masa sahaja..Cukup ke apa yang aku ada sekarang untuk melayakkan aku mendapat syurga Allah?Allah terima ke apa yang aku buat?Waliyullah yang beribadat ratusan tahun pun dihumban ke neraka( akhirnya dijanjikan syurga kerana dia redha apa yang Allah buat..rujuk kisah nabi musa),apatah lagi aku yang baru beberapa jam beramal..

Thursday, July 22, 2010

Wahai Anak Adam



 

Allah ada berfirman dalam hadis qudsi yang bermaksud:

    "Wahai anak Adam,jangan kamu tergolong daripada golongan yang tidak suka bertaubat dan banyak angan-angandan mengharapkan kebaikan di akhirat tanpa melakukan sebarang amalan. Bila dia berucap seperti kata-kata orang yang banyak beribadat tetapi dia melakukan amalan orang munafik. Sekiranya ia diberi dia tidak pernah berpuas hati dan sekiranya ditahan sesuatutidak dapat bersabar. Dia menyuruh melakukan kebaikan tetapi tidak melakukanya. Dia melarang orang melakukan kejahatan tetapi dia tidak berhenti melakukan kejahatan. Dia mencintai orang yang soleh tetapi dia tidak dalam golongan mereka dan dia membenci orang munafik tetapi dia adalah daripada golongan mereka."

    "Wahai anak Adam,pada setiap permulaan hari bumi akan berkata kepadamu,"Wahai anak Adam,kamu berjalan di atasku dan kamu disemadikan di dalam perutku kamu makan mengikut kehendak nafsumu di belakangku,pada suatu hari nanti kamu pula yang akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.Wahai anak Adam,aku adadakh rumah yang menakutkan,aku adalah rumah yang banyak cubaan,aku adalah rumah yang sunyi keseorangan,aku adalah rumah yang gelap-gelita dan aku adalah rumah yang didiami oleh ular dan kala jengking maka makmurkanlah aku dan jangan menghancurkan aku".


 

Hm…sedikit sebanyak kita mungkin tergolong dalam golongan yang disebutkan tadi. Apakah kita akan mengekalkan diri kita untuk tergolong dalam golongan itu?Berusahalah untuk berubah.Tidak perlu malu untuk menjadi orang yang baik dan soleh kerana kita semua tentu mengimpikan syurga yang dijanjikan..Selamat beramal..

Tuesday, July 20, 2010

Kisah seram..

 
 

Kisah ini telah berlaku beberapa minggu yang lepas di kampung nenek aku di Sri Aman Sarawak..Aku telah tinggal selama 3 hari bersama datuk dan nenek kerana menghabiskan masa cuti semester bersama mereka. Kampung nenek aku ini merupakan sebuah penempatan rumah panjang orang iban yang terdiri daripada kira-kira 40 orang keluarga. Kebetulan masa cuti tersebut telah berlaku kematian seorang jiran nenek aku..Aku tidak pasti apakah punca kematian orang itu..

Pada malam itu,cuaca cerah seperti biasa..Akhir-akhir itu,amat jarang hujan turun di kampung nenek..Kampung nenek aku ni sebenarnya belum dibekalkan dengan elektrik oleh Lembaga Letrik Sarawak.Oleh itu kami hanya akan ditemani lampu minyak tanah ketika malam hari.Seperti biasa sebelum tidur,datuk akan bercerita kepada ku mengenai kisah-kisah lama dia ketika masih muda..Datuk juga sering menasihati aku supaya cemerlang dalam pelajaran dan menjadi orang yang berguna suatu hari nanti..

Kira-kira pukul 2 pagi,aku berasa hendak kencing.Inilah akibat terlalu banyak minum air sebelum tidur tadi.Aku perlu keluar rumah untuk ke tandas kerana di rumah panjang ini tandas diasingkan dan diletak di luar rumah..Aku pun membawa lampu minyak tanah untuk menuju ke tandas..

Aku terpaksa melalui ruang dapur sebelum sampai ke tandas. Semasa melalui ruang dapur,dalam sinar lampu minyak tanah yang samar-samar aku melihat satu bungkusan putih di bawah meja makan..Bulu romaku meremang bila mengenangkan jiran aku yang baru meninggal dunia beberapa hari lepas..Aku dapat melihat terdapat tanda merah seperti tompokan darah pada bungkusan putih itu..Hantu bungkus..Aku semakin takut apabila melihat bungkusan itu seolah-olah bergerak-gerak..Aku hampir pengsan menghidu bau yang keluar melalui bungkusan itu..Aku cuba menghampiri bungkusan itu…Ahhh!!Satu wajah yang pucat memandang muka aku!!Cisss!!Celaka kau kucing!!Kau makan ayam KFC aku tanpa kebenaran aku!!Kata aku kepada kucing datuk yang tidak berdosa itu…

 
 

 
 

P/s Moral of the Seram…Jangan percaya unsur khurafat..Percayalah wujudnya Allah dan malaikat…Wujudnya perasaan takut kita terhadap apa-apa benda selain Allah menunjukan iman kita masih rapuh dan tidak yakin bahawa yang berkuasa atas segalanya adalah Allah sahaja.Plastik kfc pun putih,ada logo colonel sanders kaler merah..mula kucing pucat tengok aku...Sekian…

NASIHAT DI DALAM BIBLE

Terdapat banyak nasihat di dalam bible yang boleh kita gunakan untuk diri kita..Mengapa kita takut untuk mengambil pelajaran daripada agama orang lain?Tentu tiada masalahnya untuk kita mengikut kebaikan yang diajar asalkan kita tidak menggadaikan akidah islamiah yang ada dalam diri kita.Dapatkanlah hikmah walaupun daripada seorang pengemis sekalipun kerana hikmah itu adalah hak kamu seorang muslim..Di antara pengajaran yang boleh diambil ialah:-

  • "Dengarlah wahai orang Israel,hanya Tuhan dan Tuhan sahaja Allah kita.Cintailah Allahmu dengan sepenuh hatimu,sepenuh jiwamu dan sepenuh kekuatanmu"(Ulangan 6:4-5)
  • "Apabila kamu memerangi sesuatu kota dan mengepungnya,janganlah kamu menebang pohon buah-buahan yang ada di situ.Kamu boleh makan buah di situ tapi kamu jangan menebang batangnya"(Ulangan 20:19)
  • "Janganlah kamu menindas seorang balu atau anak yatim.Kalau kamu menjagati mereka dan mereka berseru meminta pertolonganKu,Aku akan membela mereka"(Keluaran 22:22…)
  • "Apabila kamu melihat sapi atau domba kepunyaan orang lain,janganlah kamu berpura-pura tidak tahu.Kamu harus mengembalikanya kepada yan gempunya"(Ulangan 22:1)
  • "Janganlah kamu memeras pekerjamu yang miskin. Kamu haruslah membayar upahnya setiap hari sebelum matahari terbenam"(Ulangan 24:14-15)
  • "Jangalah kamu menindas orang asing yang tinggal di negerimu.Mereka harus diperlakukan seperti kamu memperlakukan saudaramu.Cintailah mereka seperti kamu mencintai dirimu"(Imamat 19:33-34)
  • "Janganlah kamu mengutuk orang tuli.Jangan kamu manaruh batu sandungan di depan orang buta kerana dia mungkin tersandung"(Imamat19:14)
  • "Janganlah kamu membenci saudaramu di dalam hatimu.Kamu harus membereskan perselisihan dengan sesiapa pun supaya kamu tidak menanggung dosa.Janganlah membalas dendam dan jangan mendengki orang lain.Cintailah sesamamu seperti dirimu sendiri"(Imamat 19:17-18)


     

Demikianlah serba sedikit pengajaran yang boleh diambil daripada kitab perjanjian lama orang Kristian.Janganlah kita mengutuk ajaran sesuatu agama kerana semua yang diajar ialah ke arah kebaikan.Apa yang patut diperangi ialah segala bentuk rintangan yang menghalang kita meletakan kalimah Allah sebagai kalimah tertinggi..

Saturday, July 17, 2010

Versi Iban

Ndok!!Nama gaga dik dia?Nadai mai urang makai.Teruk amai...Makai kediri..

Mak ngau pekerja separuh masanya yang setia,Ndok.Ndok mengenakan uniform plkn untuk menunjukan semangat kenegaraannya yang tinggi.Tanpa disuruh,Ndok and emak tersenyum ketika sedar aku mengacukan kamera kepada mereka.Hahaha!

Langkau kami suba sampai diatu..Dibina sebelum kelahiran Mit,Bebi and Didik.Langkau tok digaga maia aku agik darjah 3..Kala ngau kami bermalam selama 3 minggu semasa cuti sekula.Maioh kenangan manis tersemadi bersama langkau tok termasuk Mit ti labuh maioh kali ari langkau.Hahaha!Sai.

"Dan Dia menancapkan gunung-gunung di bumi supaya bumi itu tidak goncang bersama kamu, (dan Dia menciptakan) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk"-An Nahli-15


 
Pemesai umai kami ari nya..Tapi taun tok lagi besai..Terpaksa pulai setiap hujung minggu kena nulung mak and aba..Sida Ndok,anang malas nulung aba ngau emak ok..


"Katakanlah: "Siapakan yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan dari bumi?" Katakanlah: "Allah", dan sesungguhnya kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata." Saba':24



Wednesday, July 14, 2010

Mencari Yang Halal

Kawasan pokok buluh ini terpaksa di clearkan oleh aku,mak and aba..Di sinilah mak and aba akan menanam padi bukit..Aku tahu,tak ramai yang sanggup untuk mengerjakan tanah sebesar 3 padang bola sepak ini tanpa keazaman yang tinggi..Ramai yang lebih bercita-cita untuk bekerja di pejabat,hospital,pasaraya,kedai pam minyak dan sebagainya..Ramai juga yang lebih rela menganggur daripada berkeringat di kebun,ladang-ladang dan sawah padi..Walaupun penat,aku sedar apa yang bakal kami dapat nanti sudah tentu dijamin tahap halal dan sucinya..Kepada anda sekalian,apakah matlamat anda bekerja?Sudah pasti di antara jawapan yang diberi ialah untuk mendapatkan rezeki untuk keluarga,berkhidmat dan berbakti demi masyarakat dan kepuasan diri..Tak ada bezanya dengan keluarga petani seperti kami..Apa yang aku rasa lebih ialah apa yang kami makan pasti halal,setiap tanaman yang dimakan oleh binatang akan menjadi antara 7 sumber pahala berterusan setelah mati selain mendirikan masjid dan membuat telaga air,hasil yang berterusan hingga anak cucu dan aku merasa lebih mudah untuk menghayati kebesaran Allah..Sebahagian hasil tani pula boleh dijual menjadi sumber makanan halal kepada orang lain.

Emak juga ada mengusahakan perternakan ayam dan itik secara kecil-kecilan..Tak perlu ragu dengan kehalalnya kerana ayam ini aku sendiri yang sembelih.Berbeza dengan ayam KFC,McD dan sebagainya,anda semua hanya yakin terhadap tahap halalnya berdasarkan logo halal yang dikeluarkan..Ayam-ayam ini juga menjadi alarm clock kepada sesiapa yang malas bangun subuh..Yang aku tunjuk tu ayam cina..Ayam kampung pun mak ada pelihara dan dagingnya sedap jika dibuat pansuh..(masak dalam buluh)


Setiap pagi aku and family akan melalui jalan ini sebelum ke kebun kami yang kira-kira 30 minit berjalan kaki dengan kelajuan sederhana..

Sungai ni nama dia sungai Bunan Gega..Sungai yang akan dilalui oleh setiap penduduk kampung sebelum ke kebun masing-masing..Subhanallah...Cantiknya alam ciptaan Allah...Masa kecik-kecik dulu,kami adik-beradik akan mandi di sini setiap kali balik dari kebun..



Mentari pagi yang baru naik menambahkan lagi keindahan alam di sekitar kebun family aku...Semoga keindahan ini akan menambahkan lagi keinsafan kita tentang betapa besarnya kuasa Allah untuk membuat semua ini dan memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya..



"Katakanlah: "Siapakan yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan dari bumi?" Katakanlah: "Allah", dan sesungguhnya kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata"-Saba:24

"Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezki yang telah diberikan Allah kepadamu; dan syukurilah nikmat Allah, jika kamu hanya kepada-Nya saja menyembah"-An Nahli:114

Kenangan Di Zoo Negara

Pertama kali datang ke sini memang seronok sangat rasanya..Sudah terbayang di benak fikiran aku yang berIQ 138 sahaja ini wajah-wajah harimau,gajah,singa malah babi hutan..Aku juga seperti orang lain yang aku rasa yakin tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar di tempat aku bergambar di atas.Memang aku yakin!!Manusia mana yang akan dapat menahan nafsunya untuk bergambar seperti aku itu..

Buktinya!!Yeah!!Tak sampai seminit aku bercakap..Pemandu aku merangkap seorang bakal isteri yang cantik manis orangnya juga tidak ketinggalan untuk bergambar..Betul-betul di atas tempat aku duduk sebelum itu.Meniru betullah..Sebagai seorang JXR,gambar yang aku ambil memang center dan tidak "cut" kepala harimau seperti yang diambil oleh cik puan ini..Tak profesional langsung..tau urut patient je..


Aku namakan binatang ini monyet..Kasihan sungguh aku melihat keadaan beliau yang terkurung tanpa pembelaan yang sewajarya..Di kala aku bebas bergerak di luar,beliau hanya mampu memandang dari dalam lokap tersebut..Semoga engkau gembira wahai encik monyet..Nah pisang..kata aku sambil menyua sebiji pisang kepada beliau..






Benda ni pula aku namakan badak air...Teringat aku pada watak Gloria yang ceria dalam cerita Madagascar..Dalam gambar nampak kecil tapi hakikatnya lebih besar daripada kereta kancil.Kira besarlah tu..Apalah korang ni...Jinak je badak ni..Boleh diusap-usap dengan tangan...






Cik Puan Fiza ni pula tidak melepaskan peluang untuk bergambar di samping "boyfriend" baru dia,abang unta...Aku ta jeles pun..Unta atau bahasa Inggerisnya,camel adalah haiwan yang amat gagah di padang pasir. Kenderaan utama nabi saw dan para sahabat untuk berperang dengan puak musyrikin..







Jinak-jinak belaka...Tidak seliar gadis-gadis liar di luar sana..Yang ni rusa ke pelanduk?Apa pula bezanya dengan kancil?Hu...Kalau dekat kampung memang habislah binatang-binatang ini diburu dan dijual dagingnya..









Hai frends...Dont judge me by my bulu ok?Any banana for me?..
Hui...Panjangnya tanduk...Potong dan jual mesti kaya ni..

Makan secara berjemaah...Anda pula,makan sambil menyorokan makanan di bawah meja..
Tak payah pergi ke Australia,dekat sini pun ada kanggaroo..
Mummy mummy!!Elephant mummy!!...Not la...Gajah my son...gajah..Elephantlah mummy!!!
Sebutkan 5 jenis lagi haiwan yang berleher panjang macam zirafah...
Kesian mamat ni...Tiket bas nak balik JB dah habis...

Sekian sahajalah apa-apa sahaja yang berkenaan dengan zoo..Aku malas nak upload sebab malas menunggu lama...Moral of the zoo...,ada banyak mahluk lain yang lebih kuat daripada manusia yang Allah ciptakan namun Allah pilih manusia untuk menjadi khalifah mentadbir muka bumi ini..Ini adalah kerana Allah telah mengurniakan akal kepada manusia untuk memakmurkan dunia tetapi bukan disalahguna untuk menunjukkan siapa yang lebih berkuasa.. 

" Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan."-Shaad:26

Tuesday, July 13, 2010

Panduan memulakan solat setelah lama meninggalkannya





Tidak dinafikan ramai umat Islam zaman sekarang yang tidak mengerjakan solat.


Tapi aku percaya ramai di antara mereka pernah dididik tentang kewajipan solat dan pernah mengerjakannya.

Mungkin akibat kelekaan duniawi, ibadah suci itu telah terperosok, jauh di dalam lubuk hati, sama ada sedar atau pun tidak.

Yang nyata, aku tidak pernah berasa benci atau marah kepada mereka yang tidak mengerjakan solat, apatah lagi untuk memandang hina golongan ini.

Kerana solat itu sendiri adalah soal hati dan keikhlasan. Tanpa keikhlasan, tak mungkin perbuatan solat itu mencapai maksudnya.

Namun begitu, janganlah kita berasa selesa dengan kejahilan. Jangan pula berasa bangga dengan ilmu dan amalan. Sebaliknya, berazam dan berusahalah untuk mengerjakannya dengan istiqamah di samping memperbaiki segala kelemahan yang ada.




Untuk mengingatkan diri aku sendiri dan para pembaca , izinkan aku berkongsi panduan tentang teknik motivasi memulakan solat setelah lama meninggalkannya.

1. Sematkan azam, bulatkan tekad

Sebaik sahaja tersedar dari lamunan (sedar rupanya dah lama tinggal solat), cuba fikir sedalam mungkin tentang apa yang anda lakukan, apa yang tak sepatutnya anda lakukan, dan apa yang sepatutnya anda lakukan.

Dari situ, tanam keazaman yang kukuh bahawa anda ingin mengerjakan solat, dan tidak akan meninggalkannya sampai bila-bila. Kerana itulah tujuan anda hidup di atas muka bumi ini sebenarnya.

2. Cari masa dan tempat yang sesuai, sunyi, jauh dari dugaan

Kemudian tetapkan masa di mana anda akan mula menjalani kehidupan sebagai seorang yang mengerjakan solat. Lebih cepat lebih baik. Ingatlah, berdosa besar bagi orang yang melengah-lengahkan solat.

Sebaiknya, cari tempat yang sunyi dan jauh dari dugaan. Jauhi rakan-rakan yang tidak solat atau suka mengejek, sekurang-kurangnya untuk waktu itu sahaja. Masjid juga adalah tempat yang baik.

3. Solat sekali dahulu, baru ada kali kedua

Walau sekuat mana pun azam, sebulat mana pun tekad, sebaik mana pun masa dan tempat, tanpa solat yang pertama, takkan jadi solat yang kedua dan seterusnya.

Oleh itu, mulakan sahaja tanpa berlengah. Bak kata iklan NIKE – Just do it!

4. Buat nota peringatan dan galakan

Kalau ada masa dan semangat yang berkobar-kobar, tuliskan kata-kata peringatan dan galakan di atas sehelai kertas (besar atau kecil).

Kemudian yang besar tampal di dinding, manakala yang kecil diletakkan dalam wallet atau poket baju.

Tips ini mungkin kurang sesuai jika anda tinggal bersama rakan-rakan yang tidak mengerjakan solat. Dibimbangi ada yang kata anda nak tunjuk bagus.

5. Fahami maksud setiap bacaan dalam solat

Jika anda kurang bersetuju dengan point ini, saya nasihatkan supaya cuba dahulu. Anda pasti akan merasai kelainannya.

Bukan faham satu-satu ayat, tetapi satu-satu perkataan. Di situ akan bermula keindahan solat, di mana anda akan rasa seolah-olah khusyuk itu mula hadir dalam diri semasa mengerjakan solat.

6. Baca perlahan-lahan mengikut tertib

Sewaktu solat, baca perlahan-lahan untuk meningkatkan rasa manis, indah dan seronok.

7. Tingkatkan imaginasi

Sewaktu menghayati maksud, tingkatkan imaginasi anda. Bayangkan keindahan bertemu Allah yang menjemput kita untuk sujud kepada-Nya.

8. Doa mohon kekuatan dan sokongan

Panjatkan doa kepada Allah s.w.t dengan memohon kekuatan dan sokongan untuk berubah menjadi hamba-Nya yang taat. Hendaklah diamalkan sejurus selepas setiap kali solat.

9. Tumpu perhatian pada hari-hari yang dilalui

Tumpukan perhatian anda pada hari yang anda sedang lalui dengan mengerjakan solat. Berilah pujian kepada diri anda dan berikan tahniah kepada diri anda setiap kali anda berjaya mengerjakan solat.

10. Dapatkan adrenaline sewaktu mendengar azan

Adrenaline boleh digunakan sebagai pembantu dengan memberi suatu kejutan semangat yang berkobar-kobar untuk terus pergi menunaikan solat tanpa berlengah-lengah.

Jika anda dapat menanam adrenaline ini sehingga menjadi tabiat, anda pasti akan meninggalkan segala kerja yang anda lakukan, apabila terdengar sahaja azan berkumandang. Best tak?

11. Berfikir secara positif

Fikirkan diri anda sebagai seorang yang mengerjakan solat sebaik sahaja anda memulakannya dan sentiasa peringatkan diri anda sedemikian.

Sekiranya ada rakan anda yang mengajak anda ke mana-mana sebelum sempat anda menunaikan solat, katakanlah saya belum bersolat, tunggu sebentar atau pergi dahulu.

Ingatlah bahawa anda telah membuat pilihan positif untuk mengerjakan solat.

12. Dapatkan sokongan mental dan rohani

Berikanlah peringatan kepada keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja yang anda telah mula mengerjakan solat dan memerlukan kerjasama serta sokongan daripada mereka.

Mintalah rakan-rakan anda yang tidak mengerjakan solat supaya menghormati keputusan anda.

13. Lawan kemalasan dalaman dan godaan syaitan

Dari semasa ke semasa anda akan merasai suatu kemalasan, kebosanan, dan sebagainya, yang mana semua itu sebenarnya hanyalah godaan syaitan dan kemalasan diri sendiri.

Oleh itu lawanlah sehabis-habis mungkin. Ingatlah anda lawan ni pun tak lama. Lama kelamaan ibadah ini akan sebati juga dalam diri anda, dan tidak perlu dipaksa lagi.

14. Banyakkan bahan bacaan tentang solat

Kerapkan diri anda membaca kisah-kisah nikmat solat untuk membangkitkan semangat. Baca juga tentang dosa meninggalkan solat untuk membangkitkan rasa takut pada Allah s.w.t. Moga-moga dilimpahi rahmat dan keberkatan oleh-Nya.

Kesimpulan

Jika topik ini dirasakan tidak berkaitan dengan anda, ingatlah: Hari ini mungkin bukan hari anda. Esok lusa tiada siapa yang tahu. Diharap dapat dijadikan panduan kita bersama.

Sama-samalah kita saling memperingati sesama Islam.

Wallahu a’lam


"Dan tidak ada yang menghalangi mereka untuk diterima dari mereka nafkah-nafkahnya melainkan karena mereka kafir kepada Allah dan RasulNya dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan"-At Taubah:54

Kenangan Indah Bersama K44

K44 ni ialah kumpulan aku..,para pelatih juru xray batch ke 44. Aku amat menyayangi k44 kerana karenah mereka yang pelbagai dan menghiburkan.Kumpulan kami ni sering disebut-sebut dalam mesyuarat pengajar..disebabkan masalah disiplin kata mereka..Yaka?Aku sebagai budak k44 merasa biasa dan kesalahan yang dilakukan takdelah besar...ada kami buli orang?ada kami merokok?ada kami meniru dalam exam?ada kami berambut panjang?k44 sendiri ada jawapannya..Ha..Sebut pasal meniru,aku dan Gugurllah orang yang paling top...sehingga sem 6 kami masih diblacklist dan dipaksa menjadi orang terakhir dalam peperiksaan ospe dan osce..Garangnya orang itu...Cis!Kami tak bersalah...Hm..Sabar jelah kan Gugurl..Nak lulus punya pasal,kami terima dengan ikhlas..Apa-apa pun kami yang nakal ini juga yang selalu dipuji dalam menganjurkan sesuatu aktiviti..Kata Fadhilah Kamsah,10 kali puji baru kutuk.Tapi untuk kami 10 kali kutuk baru dipuji..new you know we who!!Walaupun nakal,hati kami murni...wek!!

Inilah kami,para pelatih juru xray yang bersemangat bersedia berkhidmat untuk masyarakat dan naik pangkat.Segala kenangan manis bersama k44 akan disemadi di dalam hati masing-masing. Tahniah kepada semua kerana mampu meluluskan diri dalam menjalani latihan selama 3 tahun.Kami mana ada fail...Hebatnya kami..77 mendaftar,77 grad..Riak betulah korang ni..



 Membincangkan soalan IP yang diberikan oleh puan II..Sesi perbincangan bertukar menjadi sesi gosip kerana tidak faham apa yang dibincangkan..Akak askar kita menyedari fotograf mereka sedang diambil terus mengukir senyuman manis kepada juru gambar.



Hari keluarga yang ceria bersama semua pelatih juru xray k44-k47..Kerana hari keluargalah aku terpaksa membuat kerja amal yang diarahkan oleh Mdm..Tak datang hari keluarga ja pun...Bukan tak datang solat Jumaat.Tapi itulah hakikat,yang bersalah tetap salah dan akan menerima hukuman..Namun aku suka dengan hukuman yang diberikan kerana dapat berjumpa dengan Rock dan Fiza...Mdm,hukumlah lagi...


Fiza...Comel...


Rock..kau memang rock..



Pekerja amal...Anak syarikat milik Radicare Berhad..Padan muka korang..Siapa suruh tak nak datang hari family..Apa-apa alasan,itu bukan alasan..

Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sg. Buloh

KSKB Sg. Buloh...Sebuah kolej paramedik untuk pelajar tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia..Sebuah kolej yang cantik dan indah dengan tenaga pengajar yang sporting dan dedikasi..Di sini juga tempat berkumpulnya bakal paramedik dari seluruh Malaysia. Aku sendiri pun tidak tahu tentang kewujudan kolej ini suatu ketika dulu...Agaknya ramai lagi orang sekarang yang tak tau macam aku dulu..Jarang orang memilih untuk memasuki KSKB berbanding masuk universiti..Hakikatnya,rata-rata yang masuk ke KSKB ni ada yang pernah masuk U and menyesal tidak memilih KSKB sebelumnya..Termasuk aku..


Blok H ni asrama aku..sentiasa riuh dan hiruk pikuk.Lebih meriah ketika budak-budak baru balik daripada hari raya..Meriah sebab pakar-pakar bom mencuba darjah kekuatan bom yang mereka hasilkan..Bom-bom pula diuji dikala para pelatih lain lena diulit mimpi...Terkejut beruk budak-budak beruk.Ditambah lagi dengan sorakan sokongan padu penyokong pakar bom tu..Aku dapat merasakan roh-roh dalam kubur belakang blok aku juga tak tenang dengan gelagat para pelatih yang kreatif itu..En Warden dengan penuh dedikasinya akan membuat rollcall dan mengarahkan kami berkumpul pada 3 pagi tu juga untuk mengesan orang yang bertanggungjawab menimbulkan kekecohan yang timbul.Kepada MPP,mana astro yang kalian janjikan?Sehingga kini aku masih menanti..:p


Aku ketika masih bergelar pelatih juru xray..Aku sempat menyelitkan diri bersama 2 gadis comel,klasmet aku disamping En. Safar di kaunter pendaftaran temujanji Jabatan Xray HUS.Terima kasih kepada En. Safar kerana tidak ada hari Jumaat aku yang beliau tidak belanja makan..Semoga bertambah-tambahlah rezeki beliau nanti..Amin...Hari itu adalah hari terakhir aku menjalani latihan klinikal di Jabatan Xray Hospital Umum Sarawak...Sedihnya...


Hobi Semata-Mata

Salah satu hobi aku ialah bermain kiub. Kiub yang paling best untuk diselesaikan ialah kiub proffessor. Kiub ini mempunyai dimensi 5x5x5. Sebenarnya bukanlah susah untuk menyelesaikannya. Apa yang penting,anda perlu tahu bagaimana untuk menyelesaikan kiub 3x3x3 dahulu. Ini adalah asas untuk menyelesaikan kiub-kiub lain. Apa-apapun usaha tangga kejayaan. 



Aku juga berminat dalam aktiviti membelasah orang tetapi hanya dalam gelanggang jelah...Aku dengan jayanya telah memiliki tali pinggang hitam sejak 2005.Pencapaian terbaik aku hanyalah tempat ke-3 peringkat universiti. Sejak tahun itu aktiviti membelasah terpaksa aku kurangkan kerana perlu memberikan komitmen dalam bidang lain pula..

 

Ini dia hobi aku yang lagi satu..Permainan yang banyak menguntungkan aku selama ini. Pada mulanya aku amat membenci permainan catur. Setelah kawan aku berjaya menarik perhatian ramai para gadis,aku pun mula berjinak-jinak dengan permainan ini tetapi bukanlah untuk menarik perhatian para gadis..Aku minat sebab dengan bermain catur aku mampu mengembungkan poket seluar aku yang sentiasa kempis setiap bulan..Menang je dapat duit tapi bukan judi..Paling banyak aku menang RM300/-..Dengan bangganya aku sebagai anak kampung telah menumpaskan Mr. Mok..Pemain Catur malaysia. 




Hobi yang aku yakin hobi yang paling menguntungkan aku dunia dan akhirat pula ialah membaca al quran..Setiap huruf yang kita baca Allah pasti akan beri ganjaran. Dengan membaca al quran juga akan membuatkan hati kita hidup dan sentiasa tenang.Kitab teragung yang pernah Allah turunkan melalui kekasihNya Muhammad saw..Anda?

Monday, July 12, 2010

Indahnya Bumi Ciptaan Allah




"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh, mereka itu adalah sebaik-baik makhluk.  Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga 'Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah ridha terhadap mereka dan merekapun ridha kepadaNya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Tuhannya."-Al Bayyinah:7-8





" Dan Kami hamparkan bumi itu dan Kami letakkan padanya gunung-gunung yang kokoh dan Kami tumbuhkan padanya segala macam tanaman yang indah dipandang mata, untuk menjadi pelajaran dan peringatan bagi tiap-tiap hamba yang kembali (mengingat Allah)."-Qaf:7-8







" Dan di antara tanda-tanda-Nya (Ialah) bahwa kau lihat bumi kering dan gersang, maka apabila Kami turunkan air di atasnya, niscaya ia bergerak dan subur. Sesungguhnya Tuhan Yang menghidupkannya, Pastilah dapat menghidupkan yang mati. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu."-Fushilat:49

Aba Dan Emak



Ini ialah aba (ayah) aku. Aba tengah membawa buah entekai (labu) dengan jumlah berat semuanya hanya kira-kira 100kg sahaja. Seorang aba yang tegas dan banyak mendisiplinkan kami. Aba amat mementingkan masa sehingga Adek yang selalu lewat sering dimarah oleh aba. Aba aku seorang bekas tentera maka tidak hairanlah jika kami terpaksa "berkawad" setiap pagi dan tiada peluang untuk membuta hingga 12 tengahari.


Ini ialah emak aku yang tercinta. Emak sedang berposing dengan buah timunnya yang segar bugar. Emak aku berasal dari Kg Gua Sukat dan amat fasih berbahasa iban. Emak berbangsa iban tetapi telah menetap di kampung bidayuh sejak menjadi kekasih halal aba. Didik adalah mangsa utama leteran emak terutama jika beliau tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu.Sayangi emak anda kerana who next,.....your mother...who next...your mother...Syurga di bawah telapak kaki ibu..

Mari Menuai


Adik-adik yang terpaksa menjadi rajin bekerja membantu ibubapa kerana menyedari setiap butir nasi yang mereka makan tidak akan datang begitu sahaja. Begitu puas dan seronok dapat bekerjasama  meringankan beban ibubapa.Padi Sangau mak menjadi padi wajib untuk ditanam setiap tahun memandangkan ia wangi dan sedap dimakan begitu sahaja. Mit,belum pun sampai 3 round menuai sudah mengeluh untuk balik ke rumah.
Didik yang manja juga tidak ketinggalan untuk membantu mak and abah. Itupun setelah merasa dirinya terancam untuk tidak makan tengahari kalau tinggal bersendirian..Kemanjaan yang melampau menyebabkan beliau sering dibuli oleh Mit.

Sunday, July 11, 2010

Kenangan Bersama Akek Dan Inek Tercinta


Inilah pemandangan dari tepi jambatan sungai kampung Gua Sukat..Betapa indahnya pagi itu dengan cuaca yang agak cerah dan udaranya yang nyaman..Gambar ini diambil ketika kami sekeluarga dalam perjalanan balik ke rumah di Serian..Siapa sangka kampung aku juga mempunyai suasana yang harmoni dan pemandangan yang indah untuk dihayati..Pemandangan sawah padi dengan kicauan burung yang merdu menambahkan lagi suasana harmoni pagi tersebut.

Inilah adik-adik aku disamping seorang akek (datuk) yang macho dari sebelah mak. Walaupun sudah berumur kira-kira 75 tahun akek masih gagah membuat sawah padi. Sampai sekarang akek masih bergiat aktif dalam aktiviti pertaniannya. Akek rajin menanam pokok lada hitam,pokok getah,sayur-sayuran dan banyak lagi. Akek juga rajin memelihara ayam kampung dan janik. Adik-adik aku pula selalunya buat-buat rajin dan ikhlas membantu akek bertani tetapi maksud sebenar mereka ialah mendapat upah yang lumayan dari akek. Adik aku yang paling rajin menolong akek ialah Adek. Seperti biasa kerajinan yang ditunjukkan mengatasi kerajinan adik-adik yang lain semata-mata untuk mendapat upah dari akek. Upah digunakan untuk membeli henfon baru katanya..Cis!Adik-adik aku,Mit,Adek,Bebi,Didik and Ndok,semuanya best kerana mampu mengikut segala arahan aku sebagai anak yang sulung untuk melakukan sesuatu tugas yang diarahkan.Yang paling kecik itu ialah Didik. Adik yang paling manja dan sering dibuli. sering nyabak untuk mendapatkan perhatian daripada orang ramai. Adik-adik aku ni semuanya serba boleh. Ada yang mewakili negeri dalam pertandingan hoki,juara catur peringkat bahagian,memecahkan rekod negeri dalam acara rejam lembing dan pandai juga menari tarian kaum Bidayuh.


Ini pula inek (nenek) aku. Seorang gadis yang diminati ramai suatu ketika dahulu namun berjaya dimiliki oleh akek sehingga sekarang. Inek aku ni slim je orangnya dan mungkin dicemburui oleh para gadis masa kini. Inek juga merupakan seorang bendahari kepada akek. Setiap kali sebelum kami balik dari kampung Gua Sukat, ineklah yang akan mengagihkan segala keuntungan yang diperolehi hasil daripada titik peluh kami ketika bertani kepada para pekerjanya yang terdiri daripada adik-adik aku sahaja. Sayangi dan berbaktilah kepada akek dan inek anda selagi mereka masih hidup..

Sungai Lubuk Uduh

Sungai Lubuk Uduh