Sunday, July 25, 2010

Jom Demonstrasi!



Antara tanda-tanda kiamat ialah berlakunya mogok umum dan tunjuk perasaan. Ia merupakan ikutan budaya barat yang telah diterima pakai oleh umat islam. Mereka keluar berarak dan membawa sepanduk sambil terpekik-pekik menyuarakan hak dan tuntutan mereka. Dengan berbuat demikian mereka menyangka bahawa ia merupakan suatu jihad dan pengorbanan yang besar.


Imam Thabrani meriwayatkan dalam “Al Kabir” dengan sanadnya daripada Athiyyah bahawa Nabi Muhammad saw bersabda:

“Apabila kamu melihat tiga perkara ini maka tunggulah akan kiamat:Apabila penempatan telah dimusnahkan ia dibangunkan semula,jihad yang hanya terbatas setakat jerit pekik dan laungan dan yang ketiga,seorang itu meninggalkan amanahnya sebagaimana seekor unta terlepas daripada ikatannya”.

Imam Baghawi dalam “Mu’jam As Sahabah” dan Ibnu Asakir dalam “At Tarikh meriwayatkan:

“…sesungguhnya antara tanda-tanda kiamat ialah penempatan yang dimusnahkan dan musnah dibangunkan semula…”

Itulah “jihad” yang hanya dilakukan setakat laungan dan jerit pekik serta mogok umum,pengaruh kuat daripada barat yang telah menjadi nanah dalam kehidupan umat islam masa kini.

No comments:

Post a Comment

Sungai Lubuk Uduh

Sungai Lubuk Uduh