Friday, July 23, 2010

Kunci Kebaikan

Kunci segala kebaikan adalah dengan mengikut sunnah nabi Muhammad saw. Ikutilah sunnah baginda dan sentiasa merasa cukup dengan segala kurniaan Allah,bersikap zuhud terhadap milik orang lain,tidak rakus pada dunia serta meninggalkan ucapan dan perbuatan yang tidak berguna.Sesiapa yang Allah bukakan pintu hatinya untuk mengikuti sunnah nabi saw,itu adalah petanda ia dicintai Allah.

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."-Ali Imran:31

Jika anda ingin mendapat seluruh kebaikan maka berdoalah: Ya Allah,aku memohon kepadaMu agar dapat mengikuti Rasulmu dalam ucapan mahupun tindakan.

Sesiapa yang mengimpikan perkara tersebut,hendaklah ia tidak menzalimi para hamba Allah dari segi kehormatan ataupun nasab.

Namun sebaliknya,ia akan terhalang dari hijab Allah apabila melakukan kezaliman. Ibarat orang yang berhutang,ia akan dihalang oleh orang yang menuntut hutang daripadanya.

Bayangkan seandainya anda disanjung oleh seorang raja dan berada hampir dengannya,tiba-tiba datang seorang pengutip hutang pada anda di hadapan raja itu. Memaksa anda membayar hutang,membuka keburukan anda,mencela serta mengutuk kehormatan anda di hadapannya.

Bayangkan pula jika di akhirat nanti ada beratus ribu orang meminta pelbagai hutang pada anda.Sama ada wang yang pernah dipinjam,kehormatan yang dianiaya,dipukul,dicaci,dimaki dan sebagainya. Bagaimana jika yang berdiri di depan anda adalah nabi Muhammad saw?Tentu malu yang teramat sangat.

Nabi saw bersabda: Tahukah engkau orang yang rugi?

Para sahabat menjawab: Orang yang rugi adalah orang yang tidak mempunyai harta.

Nabi saw menyanggah: Orang yang rugi adalah orang yang pada gari kiamat datang dengan membawa solat ,puasa dan zakat tetapi ia pernah mencaci,merosak kehormatan,memakan harta haram,menumpahkan darah dan memukul orang.

Sehingga sebagai gantinya,amal kebaikannya diberi kepada orang yang teraniaya itu.Apabila habis segala amal kebaikan sebelum bebanan kewajipan terbayar,maka dosa orang tadi akan diberikan kepadanya sehingga ia dilempar ke neraka.(HR Muslim dan Tirmidzi)


 


 

No comments:

Post a Comment

Sungai Lubuk Uduh

Sungai Lubuk Uduh